Tuesday 12 February 2013

Produk Kesihatan Minyak Kelapa Dara

Tuesday 5 February 2013

Power Secreat Tips Dating


Anda mengajak seseorang yang anda suka keluar untuk temujanji kali pertama?
Berdebar dan tidak tahu apa yang patut anda lakukan?

1. Tempat/Aktiviti.
Pilih tempat awam yang kurang sesak dan agak privasi agar anda dan si dia boleh meluangkan masa bersama serta saling mengenali diri masing-masing dengan gangguan persekitaran yang minima. Elakkan kawasan yang terlalu sunyi serta terasing daripada umum kerana ia boleh membawa kepada syak wasangka orang ramai serta ketidakselesaan si dia dan juga anda sendiri. Lebih mudah jika anda tahu apa kegemaran si dia, ajak saja dia untuk bersama-sama melakukan aktiviti kegemarannya itu.

2. Masa.
Tepati masa! Sudah tentu anda tidak mahu terlambat untuk janjitemu pertama anda. Dan semasa bersama si dia, pastikan anda memberikan sepenuh masa anda untuknya. Elakkan bermain telefon, melayari internet atau bermain games. Pastikan juga anda sudah mengosongkan jadual anda pada hari tersebut kerana anda tidak mahu kelihatan terburu-buru menamatkan pertemuan.

3. Pakaian.
Memandangkan ini adalah temujanji pertama anda, persepsi pertama adalah sangat penting. Pastikan anda tampil kemas dan bergaya, namun tidaklah sehingga keterlaluan. Elakkan berpakaian terlalu seksi atau melampau kerana ia boleh menimbulkan salah sangka kepada si dia. Sebaiknya sesuaikan pakaian anda dengan acara atau aktiviti yang dirancang, tetapi tidak perlulah sampai berhabis wang membeli pakaian baru.

4. Topik Perbualan.
Biasanya pasangan masih malu-malu pada janjitemu pertama. Sekiranya anda tahu kegemaran si dia, mudah bagi anda untuk memulakan topik perbualan. Bertanya soal peribadi atau hal keluarga sedikit sebanyak membolehkan anda dan si dia lebih mengenali antara satu sama lain. Namun, jangan sampai anda terlalu menyentuh cerita peribadinya seperti kisah bekas kekasih atau masalah keluarganya kerana sesetengah orang tidak boleh menerimanya. Elakkan juga daripada bercakap besar, mengutuk orang lain atau mengadu masalah anda. Ingat, ini baru janjitemu pertama.

5. Jadilah Diri Sendiri.
Inilah perkara yang paling penting. Kontrol ayu ataupun kontrol macho sedikit sebanyak adalah perlu, tetapi jangan keterlaluan sampaikan segala gerak-geri anda nampak palsu dan kayu. Ingatlah, jika si dia menyukai anda, itu adalah kerana diri anda sendiri, maka tidak perlulah anda mencuba untuk menjadi orang lain.

Selamat bergembira! Kalau berdebar tu, tarik nafas ye. Janganlah gabra sangat...

Dapatkan Tips-Tips Menarik Di Bawah